Tanya Pakar

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kulit atau soalan tentang produk kami, sila tanya Pakar! Dengan rangkaian pakar dermatologi di seluruh dunia, Pakar Kulit kami sedia membantu.

Cuma isikan borang dan kami akan membalasnya melalui e-mel.

Soalan Lazim

Mengapa anda memerlukan pembersih dan pelembap yang tidak menyumbat pori-pori kulit (iaitu – bukan komedogenik)?

Apabila pori-pori anda tersumbat, bakteria penyebab jerawat yang biasa didapati pada kulit manusia boleh berganda di dalam pori-pori dan menyebabkan jerawat terbentuk. Pembersih Cetaphil dan pelembap Cetaphil telah dirumus khas agar tidak komedogenik (tidak akan menyumbat pori-pori).

Pembersih dan pelembap Cetaphil sesuai digunakan di bahagian badan yang mana?

Produk Cetaphil sesuai untuk digunakan pada seluruh badan, termasuk wajah.

Apakah yang menentukan ciri-ciri kelembutan sesuatu pembersih tanpa sabun?

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi ciri-ciri kelembutan dalam pembersih. Ia adalah bahan pembersih (surfactant) dan kepekatannya, pH produk, bahan pengawet dan pewangi yang ditambah.

Apakah 'surfactant' dan bagaimanakah ia mempengaruhi kelembutan?

Surfactant' digunakan dalam semua sabun dan pembersih untuk membantu peranan pencuciannya. Bilangan serta kuantiti/ kepekatan 'surfactant' yang digunakan boleh mempengaruhi kelembutan pada kulit. Pembersih Cetaphil mengandungi kuantiti yang minimum, iaitu natrium lauril sulfat.

Adakah pH pencuci perlu bersifat neutral untuk dikategorikan lembut?

Disebabkan permukaan kulit agak berasid, pH pencuci yang digunakan perlu seimbang. Manakala, sabun lebih bersifat alkali dan oleh itu boleh menanggalkan lapisan asid kulit asal yang penting. Produk Cetaphil mempunyai pH seimbang dan mencuci dengan lembut.

Mengapakah pembersihan secara lembut penting?

Walaupun mencuci dapat menanggalkan kotoran, bakteria, minyak, sel kulit mati, peluh dan lapisan lain daripada permukaan kulit, penggunaan sabun dan sesetengah pencuci boleh menanggalkan minyak semula jadi daripada kulit, lalu menjadikan kulit tegang dan tidak selesa. Dalam sesetengah situasi, ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering, pecah-pecah atau mengelupas. Kerengsaan, keradangan atau jangkitan kulit juga boleh berlaku. Maka, pencucian yang lembut perlu dititikberatkan. Produk Cetaphil ialah salah satu daripada pembersih tanpa sabun yang paling lembut. [21 Day Cumulative Irritancy Study, Cantor Research Laboratoires, Inc. 2008 Galderama Dataon File ]

Kulit saya sihat – apakah langkah yang boleh saya amalkan untuk memeliharanya sebaik mungkin?

Anda amat digalakkan untuk menjaga kulit anda supaya kekal sihat. Menjaga kulit anda bukan satu tindakan yang sukar, memakan masa atau mahal. Penggunaan pembersih tanpa sabun yang elok dan lembut diikuti dengan pelembap berkualiti adalah kunci utama kepada kulit sihat dan berseri. Anda juga dinasihati menggunakan krim pelindung matahari spektrum luas.