Cetaphil meraikan 70 tahun mengekalkan kulit sihat

2017 meraikan Ulang Tahun ke-70 Cetaphil, rangkaian penjagaan kulit yang dirumus secara dermatologi yang terbukti dari segi klinikal dapat memelihara dan melindungi kulit agar kekal sihat walaupun untuk kulit yang paling sensitif.

Ditubuhkan pada tahun 1947 oleh seorang ahli farmasi di Texas, produk ulungnya – “Cetaphil Cleansing Lotion” – kini dikenali sebagai Cetaphil Gentle Skin Cleanser – masih menggunakan rumusan yang sama. Para pelanggan mula menyedari kelembutannya, maka dari situ rangkaian produk Cetaphil mula berkembang. Kini, selepas 70 tahun, Cetaphil tersohor di lebih daripada 70 negara di seluruh dunia dan menawarkan rangkaian produk harian bermula dari pencuci, pelembap, pelindung matahari hingga ke produk bayi. Dirumus khas untuk memberikan penjagaan kulit yang efektif untuk pelbagai jenis dan keadaan kulit (seperti jerawat dan ekzema), Cetaphil ialah jenama penjagaan kulit dermatologi nombor 1 di Malaysia1.

Kata dasar Cetaphil diolah daripada: suku kata hujung ‘phil’ bermaksud ‘cinta’, manakala ‘Cet’ diambil daripada bahan yang digunakan sebagai pelembut – Cetyl alcohol (Setil alkohol). Maka, ‘Cetaphil’, bermaksud cinta pada kulit yang lembut dan halus.

“Dengan rumusannya yang lembut dan terbukti secara klinikal, Cetaphil memelihara dan melindungi struktur kulit – walaupun untuk kulit yang paling sensitif dan halus” terang Dr Eszter Baltas, pakar dermatologi yang membantu dalam membangunkan produk Cetaphil dan kini seorang Profesor Madya di Jabatan Dermatologi dan Alahan di Szeged, Hungary. “Terima kasih kepada warisan zaman-berzamannya, digabungkan dengan pemahaman bidang dermatologi yang mendalam, Cetaphil menawarkan penyelesaian yang boleh dipercayai dan diuji secara saintifik.”

“Cetaphil telah digunakan oleh individu yang berkulit sensitif selama lebih daripada tiga generasi” kata Neil Popplewell, Timbalan Presiden Barangan Pengguna, Bahagian Kesihatan Kulit Nestlé. “Selama lebih daripada 70 tahun, kami telah berganding bahu dengan pakar perubatan untuk memahami keperluan kulit individu dengan lebih baik. Oleh sebab itu kami berjaya memberikan penyelesaian yang berlainan mengikut keperluan ini dan mempelbagaikan rangkaian produk Cetaphil sehingga ke hari ini. Sama seperti senaman yang kerap dan diet yang seimbang, memelihara kulit yang sihat amat penting kepada kesejahteraan anda secara keseluruhannya, jadi Cetaphil melengkapkan rutin kesihatan anda. Kami akan terus membangunkan jenama ini dan menjadikannya lebih mudah diperoleh di seluruh dunia. Kami amat menantikan 70 tahun yang akan datang untuk meraikan lagi kulit yang sihat dengan Cetaphil.”

Dr. Baltas membuat kesimpulan: “Apabila anda memilih Cetaphil, anda memilih produk yang terbaik untuk kulit anda.”

1IMS data on Emollients & Protectives, MAT Q1 2017

Keraian Ulang Tahun ke-70 Cetaphil di Singapura, Ion Orchard.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan yang wajib diisikan ditandakan dengan *