Pembersih dan pelembap terkini Cetaphil mencegah kerengsaan kulit dan memastikan kulit sehalus sutera

Rumusannya yang lembut ideal untuk bayi baru lahir yang berkulit halus.

Kulit bayi mungkin licin dan lembut tetapi ia juga amat sensitif dan cenderung mendapat kerengsaan kerana kulitnya yang lebih nipis dan mudah terjejas. Anda amat digalakkan untuk menggunakan pembersih yang sesuai untuk memandikan bayi kerana kulit orang dewasa sangat berbeza berbanding kulit bayi.

Anda perlu berhati-hati semasa mencuci kulit bayi/ bayi yang baru lahir kerana kulit bayi berbeza dengan kulit orang dewasa dari beberapa segi. Contohnya, ketebalan kulit bayi adalah 40-60% daripada kulit orang dewasa, maka anda perlu memilih cara mencuci dan melembapkan kulit yang lembut untuk melindungi dan memperbaiki fungsi pelindung kulit pada bayi dan anak kecil.

Mengapakah tindakan memperbaiki fungsi pelindung kulit sangat penting?

Sistem perlindungan kulit yang terjejas boleh menyebabkan ekzema dan dermatitis atopik, penyakit kulit ekzema kronik yang biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang menunjukkan gejala gatal-gatal dan keradangan kulit.

Penyakit berbilang faktor seperti dermatitis atopik memerlukan pelan rawatan yang berbilang mod. Pencuci untuk kulit bayi yang ideal hendaklah mengandungi bahan pembersih yang lembut, stabil dari segi kimia dan fizikalnya, tidak mengandungi pewangi atau agen pewarna, tidak berbau, bersifat steril dan tidak mengandungi bahan yang dimetabolismekan oleh mikroflora pada kulit.

Rangkaian pembersih Cetaphil memenuhi semua keperluan ini dan sangat lembut pada bayi yang mengalami ruam lampin dan sangat efektif dalam menanggalkan kotoran tanpa mengeringkan atau merengsa kulit.

Pencuci berbentuk sabun buku dan pencuci cecair mempunyai bahan pelembut lipid fisiologi dan tahap pH yang betul untuk memperbaiki sistem perlindungan kulit walaupun bagi kulit yang mengalami isu iritasi dan meradang. Ia dapat memperbaiki kulit atopik yang kering lalu mengurangkan rasa gatal.

Rumusan Unggul Cetaphil

Para doktor mengesyorkan Cetaphil kerana penyelidikannya yang meluas dan pemahaman yang mendalam tentang penjagaan kulit.

Dalam satu kajian yang melibatkan 87 bayi yang telah sembuh daripada ruam lampin, penggunaan losyen pencuci Cetaphil menunjukkan eritema (kemerahan pada kulit) dan deskuamasi (kulit mengelupas) yang lebih baik dan tidak menjadi bertambah teruk pada pesakit yang telah sembuh daripada ruam lampin.

Kulit bayi sangat sensitif , maka ia memerlukan lebih perhatian dan penjagaan berbanding kulit orang dewasa. Bayi mudah terdedah pada bakteria dan bahan yang berbahaya yang ada di persekitaran, terutamanya jika kulit mereka merengsa.

“Keperluan untuk produk penjagaan kulit yang lembut semakin meningkat di negara membangun yang mana kesensitifan kulit semakin bertambah. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk memilih pencuci yang cukup lembut dan tidak akan mengubah pH semula jadi kulit,” kata Dr. Jean Ho, pakar perunding dermatologi di Pusat Perubatan Mount Elizabeth.

Kaedah Pencucian

Untuk memastikan hasil yang optimum, Cetaphil menyarankan cara berikut apabila mencuci kulit bayi:
Bayi pramatang baru lahir: bersihkan dalam mandian yang mengandung air didih yang telah sejuk atau air bergaram fisiologi. Elakkan mencuci kulit bayi semasa 4-6 minggu pertama.

Bayi baru lahir cukup bulan: boleh dicuci dalam air menggunakan pencuci yang lembut, contohnya, Cetaphil Gentle Skin Cleanser dengan pH neutral atau sedikit berasid dan pelembap atau bahan pelembut.

Mengekalkan Kelembapan

Melembap sama pentingnya dengan mencuci dan untuk melengkapkan rutin, gunakan pelembap Cetaphil untuk menghidratkan kulit agar dapat memerangkap dan menahan air dalam stratum korneum (lapisan luar kulit yang diliputi sel mati atau sel mengelupas) untuk kulit yang sihat.

Pelembap Cetaphil mengandungi bahan pelembap utama seperti polyglycerylmethacrylate, minyak badam, minyak kacang macadamia, panthenol dan dimenthicone yang bertindak sebagai agen pelembap untuk mengekalkan kelembapan dan menggandakan tahap penghidratan kulit dalam masa 4 hari.

Oleh sebab pewangi merupakan alahan berkaitan kosmetik yang paling biasa, kedua-dua pencuci dan pelembap tidak mengandungi pewangi.

Pencuci dan pelembap Cetaphil untuk bayi dan anak kecil boleh didapati di Guardian, Watsons, Caring, VitaCare, Aeon Wellness, farmasi hospital, klinik serta farmasi-farmasi yang lain.

Sumber: IMS Data on Emollients & Protectives, MAT Q3 2014

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan yang wajib diisikan ditandakan dengan *