Cetaphil Gentle Skin Cleanser – Pembersih ideal pilihanku

Apa maksud pembersihan berganda (‘double cleansing’)

Pembersihan berganda bermula dengan tindakan menanggalkan bendasing berminyak yang degil seperti sebum/bahan berminyak berlebihan, mekap dan krim perlindungan matahari dengan “pembersih pertama’.

Selepas kulit anda dicuci dengan pencucian pertama, ‘pembersih kedua’ seharusnya menyingkirkan kekotoran yang tertinggal daripada pembersih pertama tanpa mengikis pelindung kulit semula jadi anda.

Untuk hasil yang terbaik, pembersih kedua seharusnya mempunyai rumusan yang lembut yang tidak menjadikan kulit anda berasa tegang dan terlampau kering – ini boleh menjejaskan pelindung kulit anda.

Mengapakah Cetaphil Gentle Skin Cleanser sesuai dijadikan pembersih kedua anda?

Sejak 1947, Cetaphil Gentle Skin Cleanser masih mengekalkan rumusan yang telah diuji – terbukti berkesan dan digemari pengguna di seluruh dunia. Jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia* ini dirumus untuk memberikan pengalaman pembersihan yang ideal dengan membersih dan menyingkirkan kotoran tanpa merosakkan kulit anda, agar kulit lebih sihat dan selesa sepanjang hari.

Sebagai pembersih yang ideal, Cetaphil Gentle Cleanser memberikan 3C kepada kulit anda dengan setiap cucian:

BERSIH

Cetaphil Gentle Skin Cleanser menyingkirkan kotoran dan bahan minyak berlebihan daripada kulit tanpa mengikis lapisan pelindung semulajadi, maka memelihara kulit asal anda.

TENANG

Dirumus untuk melembutkan kulit, setiap pencucian dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser bagaikan terapi yang menenangkan anda dan kulit anda.

SELESA

Selepas cucian, Cetaphil Gentle Skin Cleanser menjadikan kulit anda berasa selesa sepanjang hari.

Klik video ini untuk mengetahui mengapa Cetaphil Gentle Skin Cleanser menjadi pilihan yang ideal untuk Peifen:

Dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, setiap pembersihan menenangkan kulit dan memberikan pengalaman yang selesa kepada anda. Amanahkan penjagaan kesihatan kulit anda kepada Cetaphil, formulasi yang menggunakan gabungan pendekatan rohani dan sains untuk memelihara kulit yang lebih sihat.

Jadikan Cetaphil Gentle Skin Cleanser pembersih anda yang ideal juga untuk kulit yang lebih sihat!

Sebarkan kasih sayang pembersihan yang ideal dan kongsikan artikel ini dengan ahli keluarga dan rakan anda! Dapatkan Cetaphil secara dalam talian di kedai ini: Watsons, Guardian, Caring.

*IMS data on Emollients & Protectives, MAT Q1 2017.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan yang wajib diisikan ditandakan dengan *