Penafian

Kami bermatlamat untuk menggalakkan komunikasi terbuka dan ia dijalankan dengan penuh hormat tentang topik yang disiarkan pada laman web Cetaphil dan saluran media sosial yang dikendalikan oleh Galderma.

Galderma tidak mewakili atau mengesahkan komen dan siaran pengguna pada paparan siaran ini, kecuali yang disiarkan oleh kami.

Maka, kami, mempunyai hak untuk memantaunya. Berikut adalah beberapa sebab mengapa kami memilih untuk tidak menyiarkannya atau mengeluarkannya:

  • Disebabkan Galderma beroperasi dalam industri yang terkawal, kami tidak boleh terlibat dalam perbincangan tentang produk farmaseutikal. Sila elakkan daripada menyebut produk farmaseutikal Galderma atau produk farmaseutikal syarikat lain. Kami berhak untuk mengeluarkan sebarang komen yang merujuk kepada produk farmaseutikal;
  • Komen anda mengandungi kata-kata yang menyakitkan hati, kesat, fitnah atau mendiskriminasi;
  • Komen anda terkeluar dari topik;
  • Komen anda menawarkan khidmat kesihatan atau perubatan; atau
  • Komen anda melanggar hak cipta atau hak intelektual.

Kami akan kerap mengemas kini siaran ini, sila ambil perhatian bahawa Galderma berhak untuk mengeluarkan komen atas budi bicaranya sendiri. Sekiranya komen anda hilang tanpa sebab yang tidak dapat dipastikan, sila hubungi kami.
Jika anda mempunyai soalan khusus tentang masalah perubatan, sila dapatkan nasihat pakar penjagaan kesihatan.

Galderma amat prihatin tentang keselamatan produknya. Jika anda melaporkan sebarang tindak balas yang memudaratkan apabila menggunakan produk Galderma, anda dapat membantu bahagian pemantauan keselamatan kami. Untuk melaporkan sebarang tindak balas yang memudaratkan, sila klik pada pautan berikut: http://www.galderma.com/Contact