Cetaphil adalah rangkaian produk penjagaan kulit yang dirumuskan khas dan diuji secara klinikal untuk membantu pengguna untuk menjaga kulit sensitif mereka. Cetaphil percaya bahawa kulit yang sihat adalah kulit yang cantik dan berseri. Jadi, kami memastikan semua produk kami akan mengutamakan kulit anda terlebih dahulu.
Tumpuan kami sebagai jenama Cetaphil adalah untuk membantu kulit lebih sihat dan bukan ambil jalan yang mudah. Segala kerja kami adalah berdasarkan saintifik dan penyelidikan, agar semua produk kami dapat menjaga kulit anda dengan lebih baik.
Kami juga berkerjasama dengan para pakar dermatologi untuk mencipta pencuci muka, pelembap muka, produk bayi dan pejagaan pelindung kulit daripada matahari.Produk Cetaphil juga sesuai untuk kulit sensitif, itu sebab kebanyakan pakar dermatologi percaya dengan kami lebih daripada 70 tahun.
Produk Cetaphil adalah dirumuskan untuk memlembutkan dan pada masa yang sama memberi kesan yang efektif untuk kulit sensitif.
Ini bermaksud walaupun anda mempunyai kulit yang biasa atau mengalami masalah kulit seperti jerawat atau keradangan kulit, Cetaphil akan membantu untuk melindungi dan menyediakan pencuci, pelembap dan pelindungan daripada kekeringan yang diperlukan untuk kulit anda.
Walaupun mempunyai pelbagai produk lain, Cetaphil menggunakan formulasi yang ada untuk menguatkan pelindung kulit semulajadi.
Kami juga mencipta produk kami yang mempunyai tahap pH yang terbaik untuk membantu agar dapat seimbangkan alkali atau asid untuk kulit.
Kami memastikan semua bahan yang digunakan adalah bahan yang berkualiti tinggi dan tambahan itu, kebanyakan formulasi kami adalah bebas wangi dan hipoalergenik yang membuatkan produk Cetaphil sesuai untuk kegunaan harian walaupun untuk kulit sensitif.
Dibawah adalah produk Cetaphil bebas daripada paraben:
Cetaphil Extra Gentle Daily Scrub
Cetaphil Gentle Foaming Cleanser
Gentle Makeup Removing Wipes
Cetaphil Gentle Makeup Remover
Redness Prone Skin Foaming Foam Wash
Cetaphil Deep Cleansing Bar
Gentle Cleansing Bar
Cetaphil Pro Soothing Wash - Dry Skin
Cetaphil Pro Eczema Soothing Moisturizer
Cetaphil Pro Oil Control Removing Foam Wash
Cetaphil Pro Oil Absorbing Moisturizer with Sunscreen - SPF 30
Moisturizing Lotion
Daily Advance Lotion
Daily Facial Moisturizer SPF 15
Rich Hydrating Night Cream with Hylauranic Acid
Daily Hydrating Lotion with Hylauranic Acid
Cetaphil Hydrating Eye Gel-Cream with Hylauranic Acid
Cetaphil Ultra Healing Lotion
Cetaphil Pro Soothing Wash Dry Skin
Cetaphil Ultra Gentle Body Wash - Fragrance Free
Cetaphil Ultra Gentle Body Wash - Refreshing Scent
Cetaphil Ultra Gentle Body Wash- Skin Soothing
Produk Cetaphil adalah dicipta untuk mengutamakan kesihatan kulit anda.
Sebagai ahli korporat yang bertanggungjawab, kehidupan atau kebajikan haiwan adalah keutamaan kami.
Ini kerana, Galderma tidak akan pernah sesekali meletakkannya di dalam produk atau bahan Cetaphil semasa proses pembuatan.
Galderma telah menggunakan metodologi ujian bukan haiwan yang diiktiraf industri pada jenama Cetaphilnya walaupun sebelum peraturan yang melarang ujian haiwan ke atas kosmetik dikuatkuasakan di pelbagai negara.
Dengan usaha kami lakukan adalah untuk memastikan produk kami lebih selamat, terjamin dan dapat disumbangkan kepada masyarakat sekeliling.
Namun begitu, sesetengah pihak berkuasa akan melakukan ujian haiwan kepada barang kosmetik untuk diluluskan penjualan di pasaran kerana kes ujian pada haiwan agak tinggi di negara China.
Galderma amat komited untuk mempromosikan alternatif lain kepada ujian haiwan pada kosmetik dan telah bekerjasama dengan IIVS (Institute for In Vitro Sciences), makmal penyelidikan dan ujian makmal, untuk membantu memacu cara alternatif ini kepada ujian haiwan untuk produk kosmetik di seluruh dunia.
IIVS adalah program yang aktif di negara China untuk bertujuan mempromosikan penggunaan dan penerimaan peraturan kaedah ujian bukan haiwan untuk menilai keselamatan kosmetik. Melalui pendekatan kerjasama dengan pengawal selia dan badan industri China ini, kami berharap dapat menyumbang kepada penghapusan ujian haiwan dalam industri kosmetik di seluruh dunia.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah pilihan terbaik untuk melembutkan kulit anda.
Anda boleh meletakkan pada kulit dan membuangnya dengan mudah hanya menggunakan kapas. Ia lebih lembut pada kulit daripada menggunakan air! Walau bagaimanapun, kebanyakkan pengguna kami lebih memilih untuk membasuh Cetaphil Gentle Skin Cleanser dengan air seperti mengikut cara pembersih tradisional lain. Cara ini boleh digunakan juga.
Jawapannya tidak. Cetaphil Gentle Cleanser adalah bukan sabun pencair dan tidak berbuih seperti sabun bar atau sabun cecair. Tetapi, walaupun tanpa sabun, Cetaphil memastikan membersih dengan baik untuk kulit anda agar dapat mengeluarkan minyak, kekotoran dan solekan. Di samping formula yang ada terbukti secara klinikal untuk lembut dan berkesan.
Ya, anda boleh! Rutin penjagaan kulit adalah penting untuk memastikan kulit kekal sihat terutama untuk kulit sensitif. Dan formula kami adalah sangat lembut untuk pencuci harian pada waktu siang dan malam.
Boleh, Cetaphil dirumuskan khas untuk semua jenis kulit dan sangat efektif terutama untuk menanggalkan minyak, kekotoran dan solekan. Jika anda mempunyai kulit berminyak, anda boleh mencuba Cetaphil Gentle Foaming Cleanser yang membantu untuk mencantikkan kulit tanpa memberi kesan iritasi.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang memadai untuk melembutkan pencuci muka harian, tetapi ia juga boleh digunakan ketika mandi kerana ia lembut dan memberi kesan efektif kepada pencuci badan.