Penjagaan yang Rapi: Menjaga Kulit Si Manja Baru Lahir

Kulit si manja baru lahir lebih nipis dan lebih sensitif daripada kulit orang dewasa. Ia juga mudah terjejas dan mudah untuk menyerap unsur luaran kerana lapisan epidermis dan dermis kulit si manja belum bersambung antara satu sama lain sekuat lapisan kulit orang dewasa.

Oleh sebab sifat semula jadinya yang mudah menyerap, bahan kasar lebih mudah untuk terlekat pada kulit si manja dan menjadikannya lebih mudah terengsa.

1) Melembap dengan baik

Kulit si manja sangat halus dan cenderung menjadi kering; jadi lembapkan kulit si manja dengan kerap agar kulitnya cukup terhidrat dan lembut.

2) Jangan mandikan si manja secara berlebihan

Tahan diri daripada memandikan si manja terlalu kerap, kerana mandian boleh menanggalkan minyak semula jadi yang memberi khasiat dan melindungi kulit si manja. Si manja tidak selalu berpeluh seperti orang dewasa dan tidak menjalani hari yang aktif, jadi mandian yang kerap tidak diperlukan.

3) Urutlah si manja anda

Si manja bergantung pada sentuhan manusia dan penjagaan yang rapi, maka salah satu cara terbaik untuk menjalin kasih sayang dengan si manja anda adalah melalui sentuhan mesra. Urutlah si manja dengan belaian halus dan lembut terutamanya semasa urutan di dada dan perut dan renunglah mata si manja semasa melakukannya. Anda boleh juga melakukan belaian ini sambil menyapu pelembap ke badan si manja.

4) Gunakan produk yang lembut

Sila ambil perhatian mengenai produk yang bersentuhan dengan kulit si manja. Oleh sebab kulitnya lebih mudah terjejas, pilih produk yang mesra dan lembut. Malah, bayi yang baru lahir berusia 6 hingga 12 bulan mungkin tidak memberi respons yang baik terhadap produk penjagaan kulit pada kulit mereka, jadi gunakan produk penjagaan yang lembut dan disarankan oleh pakar pediatrik. Dapatkan nasihat pakar dermatologi jika anda tidak pasti.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan yang wajib diisikan ditandakan dengan *