Penghidratan untuk Bayi anda

Melembapkan kulit bayi anda mungkin bukan menjadi keutamaan bagi kebanyakan ibu kerana kulit bayi yang lembut dianggap cukup terhidrat. Perkara ini biasanya akan membuatkan kulit bayi tidak mendapat kelembapan yang mencukupi.

Apabila kulit bayi kurang kelembapan, ia menjadi kering, lalu mengundang kepada pelbagai masalah kulit. Kulit gatal, melecet malah ekzema berpunca daripada kulit kering. Bayi anda berasa tidak selesa dan sakit dan apabila tidak ditangani, boleh menyebabkan gangguan yang berpanjangan.

Ketahui Kulit Bayi Anda

Kulit bayi anda berbeza daripada kulit orang dewasa dan memerlukan perhatian dan penjagaan khas. Walaupun kulit bayi menyerap kelembapan lebih cepat, ia juga kehilangan kelembapan lebih cepat kerana lapisan atas kulit bayi (epidermis) tidak begitu terikat dengan lapisan bawah (dermis). Kulit bayi lebih nipis dan mudah terdedah kepada perubahan dan faktor persekitaran daripada kulit orang dewasa, maka jika kulit bayi dilembapkan secukupnya, ia dapat melindunginya daripada masalah kulit yang lain.

Luangkan Masa untuk Urutan

Jadikan rutin melembap satu aktiviti yang menyeronokkan untuk anda dan bayi anda dengan menjalankan sesi urutan dengan kerap yang memberi manfaat kepada bayi anda secara fizikal dan juga mental. Berikut adalah beberapa langkah untuk sesi urutan ibu/bapa-bayi:

  • Gunakan jumlah Cetaphil Baby Lotion yang sesuai pada tapak tangan bayi anda. Buatkan urutan membulat pada tapak tangan bayi anda dengan penuh kasing sayang.
  • Lakukan urutan yang sama di sebelah belakang tangan bayi anda, kemudian urutkan hingga ke lengannya.
  • Untuk urutan jari, urutkan jari satu persatu dengan lembut.

Ikuti kami di Instagram untuk mendapatkan lebih banyak petua tentang penjagaan kulit bayi!!

CETSG_WebBlog3_Body

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan yang wajib diisikan ditandakan dengan *