Ketahui apa yang baik dan buruk untuk kulit anda

Tanyalah kepada sesiapa pun, pasti ramai inginkan kulit cantik. Tapi, ramai yang tidak tahu kulit cantik bermula dengan kulit yang bersih dan sihat. Sebab itulah anda perlu mengetahui apakah yang baik dan tidak untuk kulit anda apabila memilih pembersih muka. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh ikuti:

Elakkan sabun dan buih

Semakin banyak buih daripada sesuatu pembersih, semakin berkesan ia membersih. Tapi adakah ia baik untuk kulit?

Pembersih yang berbuih banyak biasanya mengandungi kandungan sabun dan pH yang tinggi. Ini boleh mengikis pelindung kulit semula jadi anda. Kandungan pHnya yang tinggi turut menyebabkan kulit kering dan mengelupas.

Jauhi pembersih kaya dengan wangian

Rasanya semua orang gemar bauan harum, kan? Malangnya wangian yang banyak dalam produk penjagaan kulit berpotensi menyebabkan tindak balas buruk terhadap kulit. Ini kerana wangian tersebut mungkin mengandungi bahan-bahan tambahan yang berupaya menyebabkan alahan terutama kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Bertukar kepada pembersih yang lembut

Pembersih yang terlalu kasar kepada kulit mampu menjejaskan fungsi lapisan pelindung kulit. Akibatnya, elemen dari persekitaran seperti bakteria dan unsur rengsaan lebih mudah menembusi kulit. Sebaiknya bertukarlah kepada pembersih yang lembut seperti Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk membersih sambil memelihara fungsi lapisan pelindung kulit anda.

Bagaimanakah Cetaphil Gentle Skin Cleanser memberi anda kulit yang sihat?

Pembersih kami yang dipercayai pakar dermatologi adalah bebas sabun dan wangian, agar keseimbangan pH kulit anda dijaga. Ia membersih dan melembap tanpa merosakkan kulit. Malah, ia hipoalergenik dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Mudah, kan? Ingatilah tip-tip mudah ini setiap kali anda membeli pembersih baharu. Kerana kulit cantik secara semulajadi lahir daripada kulit yang sihat!

Bersedia nak dapatkan Cetaphil Gentle Skin Cleanser? Beli dalam talian sekarang dari Watsons atau Guardian, atau kunjungi sahaja di kedai-kedai: Aeon Wellness, Caring Pharmacy, Guardian, Healthlane, Multicare, RedCap, Tigas Alliance, Vitacare atau Watsons.

TESTIMONI

Apakah pendapat para wanita di Malaysia tentang Cetaphil Gentle Skin Cleanser?

 

Kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club antara 17/5/18 dan 7/7/18, 800 ahli Home Tester Club telah menerima dan menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser.

“Produk Cetaphil sangat bagus dan berkesan untuk saya sekeluarga dan merawat masalah kulit sensitif.” – Siti Norazah

“Saya telah lama tidak menggunakan Cetaphil, walaupun dicadangkan oleh doktor kulit dahulu. Beberapa bulan lepas, saya membeli Cetaphil 500ml dalam talian dan tidak bertukar lagi semenjak itu. Cetaphil memang hebat! Kulit saya tidak lagi kering dan kusam!” – Janice

“Cetaphil Gentle Skin Cleanser mengandungi formulasi seimbang pH yang tidak merengsakan kulit saya; ia lembut, halus dan bebas wangian. Saya memang mencadangkannya kepada kawan-kawan dan keluarga.” – Fiona

Sumber: Home Tester Club Malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan yang wajib diisikan ditandakan dengan *