Polisi Privasi

Umum

Kenyataan polisi ini memberikan maklumat tentang kewajipan dan polisi Galderma, anak syarikat, gabungan dan syarikat sekutunya (“Syarikat”) di Malaysia.

Privasi Korporat Kami

Syarikat akan berusaha untuk memastikan semua pengumpulan dan/atau penyimpanan dan/atau pemindahan dan/atau penggunaan data peribadi oleh Syarikat dilaksanakan dengan cara yang sewajarnya bagi tujuan mengendalikan perhubungan pelanggan dan bagi membolehkan anda menerima tawaran di masa hadapan. Sekiranya seorang individu meminta akses kepada dan/atau meminta untuk membuat pembetulan data peribadi yang berkaitan dengan individu tersebut, yang disimpan oleh Syarikat, maka Syarikat hendaklah memberikan dan/atau membetulkan data tersebut mengikut tempoh dan cara yang sewajarnya.

Kenyataan Amalan

Jenis Data Peribadi yang Dikumpul: Demi menjalankan perniagaan Syarikat, termasuk pendaftaran dan pentadbiran produk dan perkhidmatan Syarikat yang berkaitan (termasuk perkhidmatan dalam talian berkaitan), anda mungkin diminta untuk memberikan data peribadi seperti, tetapi tidak terhad kepada, perkara berikut, jika maklumat ini tidak diberikan, permintaan anda tidak akan dapat dipenuhi:

  1. Nama anda;
  2. Alamat surat-menyurat dan/atau alamat bil;
  3. Butiran pembayaran, termasuk maklumat kad kredit dan bank;
  4. Butiran perhubungan, termasuk nama dan nombor telefon untuk dihubungi atau alamat e-mel

Syarikat boleh melantik syarikat lain atau individu untuk membantu kami memberikan perkhidmatan kami atau untuk memberikan perkhidmatan tertentu seperti menganalisa senarai pelanggan, memberikan bantuan dari segi pemasaran atau khidmat perundingan. Pihak ketiga ini mempunyai akses kepada maklumat yang diperlukan untuk menjalankan tugas mereka tetapi tidak boleh menggunakan maklumat berkenaan untuk tujuan lain. Sesetengah Laman Web Syarikat akan meletakkan “cookie” pada alat komunikasi anda; contohnya untuk memberikan perkhidmatan persendirian dan/atau memelihara identiti anda pada semua halaman dalam satu sesi atau lebih. Maklumat ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, butiran log masuk dan pengesahan yang berkaitan serta maklumat berkaitan dengan aktiviti dan keutamaan anda pada Laman Web kami.

Ketepatan Data Peribadi

Jika perlu dan munasabah, kami akan mengesahkan data yang diberikan menggunakan amalan dan garis panduan yang dapat diterima secara umum. Ini termasuk penggunaan pengesahan hasil tambah semak pada beberapa medan angka seperti nombor akaun atau nombor kad kredit. Dalam sesetengah perkara, kami dapat mengesahkan data yang diberikan berbanding dengan data yang belum ada dalam simpanan Syarikat. Dalam sesetengah situasi, Syarikat perlu melihat dokumen asal sebelum kami menggunakan data peribadi itu seperti Pengenalan Diri dan/atau bukti alamat.

Penyimpanan dan Pengekalan Data Peribadi

Syarikat akan berusaha untuk mengambil semua langkah yang munasabah bagi melindungi sebarang maklumat peribadi yang direkodkan dan memastikan maklumat ini tepat dan terkini. Maklumat ini disimpan pada pelayan yang selamat jika dalam format digital atau dalam tempat simpanan yang berkunci jika dalam format salinan keras: semua tempat penyimpanan ini dilindungi di tempat kemudahan yang dikawal rapi. Dalam sesetengah situasi, kemudahan ini mungkin bertempat di luar negara. Kakitangan Syarikat dan pemproses data bertanggungjawab untuk menghormati kerahsiaan sebarang maklumat peribadi yang disimpan oleh Syarikat. Walau bagaimanapun, keselamatan komunikasi menerusi rangkaian Internet tidak dapat dijamin, maka jaminan mutlak terhadap keselamatan maklumat ini sepanjang masa tidak dapat diberikan. Syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat akses tanpa kebenaran kepada maklumat peribadi ini.

Pendedahan Data Peribadi

Semua data peribadi yang disimpan oleh Syarikat akan dirahsiakan tetapi Syarikat boleh, jika pendedahan perlu dilakukan untuk memenuhi tujuan atau tujuan yang berkaitan data itu dikumpul untuk diberikan kepada pihak yang berikut:

  1. Mana-mana anak syarikat, syarikat induk, syarikat bersekutu atau syarikat gabungan atau syarikat yang dikawal oleh, atau di bawah kawalan yang sama dengan Syarikat;
  2. Mana-mana individu atau syarikat yang bertindak sebagai atau bagi pihak Syarikat atau bersama Syarikat, berhubung dengan tujuan atau tujuan yang berkaitan data itu diberikan;
  3. Mana-mana individu atau syarikat lain yang berperanan menjaga kerahsiaan Syarikat dan berjanji untuk menjaga kerahsiaan maklumat tersebut, dengan syarat individu atau syarikat itu mempunyai hak yang sah terhadap maklumat tersebut; dan
  4. Mana-mana institusi kewangan, syarikat yang mengeluarkan kad caj atau kad kredit, biro maklumat kredit atau biro rujukan atau agensi kutipan yang perlu untuk mewujudkan dan menyokong pembayaran sebarang perkhidmatan yang diminta.

Data peribadi mungkin juga didedahkan kepada mana-mana individu yang berhak di bawah undang-undang Malaysia untuk mengakses maklumat tersebut dengan syarat mereka membuktikan keizinan untuk mengaksesnya. Contohnya, jika Syarikat dikemukakan dengan satu perintah mahkamah yang meminta maklumat pelanggan tertentu, maka Syarikat hendaklah mendedahkan maklumat itu kepada pegawai mahkamah yang dilantik atau individu lain yang ditentukan oleh perintah mahkamah.

Pemindahan Data Peribadi Ke Lokasi Di Luar Malaysia

Kadang kala, Syarikat perlu dan/atau wajar untuk memindahkan data peribadi tertentu ke lokasi di luar Malaysia demi memenuhi tujuan atau tujuan yang berkaitan data peribadi itu dikumpul. Pemindahan tersebut akan dilakukan menurut polisi Syarikat dan undang-undang setempat seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Keselamatan Data Peribadi

Rekod fizikal yang mengandungi data peribadi disimpan dengan selamat di tempat berkunci dan/atau bekas semasa tidak digunakan. Data komputer disimpan pada sistem komputer dan media penyimpanan yang mana aksesnya dikawal dan/atau ditempatkan di kawasan larangan.

Akses dan Pembetulan Data Peribadi

Seseorang individu mempunyai hak untuk:

  1. Menyemak sama ada Syarikat menyimpan sebarang data peribadi berkaitan dengan mereka dan, jika benar, boleh mendapatkan salinan data tersebut;
  2. Meminta Syarikat untuk membetulkan sebarang data peribadi berkaitan dengan mereka yang tidak tepat untuk memenuhi tujuan maklumat itu digunakan.

Pemasaran Secara Langsung

Syarikat perlu menghormati permintaan individu untuk tidak menggunakan data peribadinya bagi tujuan pemasaran secara langsung. Sebarang permintaan itu hendaklah menyatakan butiran data peribadi dengan jelas berhubung dengan permintaan tersebut. Secara khususnya, kami akan meminta anda untuk memberikan nombor akaun Syarikat yang berkenaan seperti yang dicetak pada penyata/invois Syarikat. Sila nyatakan juga dengan jelas pihak bertanggungjawab yang mengizinkan anda membuat permintaan tersebut. Sekiranya tiada arahan dinyatakan seperti perkara di atas, Syarikat boleh menggunakan sebarang data yang dikumpul semasa perniagaan dijalankan untuk tujuan pemasaran.

Pautan ke laman web yang lain

Syarikat boleh memberikan pautan ke laman web selain daripada laman Cetaphil. Laman yang dipautkan ini bukan di bawah kawalan Syarikat dan Syarikat tidak bertanggungjawab ke atas urus niaga syarikat yang dipautkan ke laman web Cetaphil, mahupun prestasinya atau sebarang kandungan dan/atau perisian yang terkandung dalam laman web luaran tersebut.

Polisi Perubahan

Syarikat berhak untuk meminda sebarang klausa yang terkandung di dalam polisi ini menurut undang-undang setempat untuk memenuhi keperluan polisi globalnya dan untuk sebarang tujuan lain yang disifatkan perlu oleh Syarikat. Semua pertanyaan tentang perlindungan data hendaklah ditujukan kepada info@cetaphil.com.my