Penjagaan kulit semasa hamil

Ramai ibu hamil dinasihatkan agar berhati-hati tentang apa yang mereka makan atau ambil semasa hamil, tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa apa yang mereka gunakan atau sapu pada badan juga perlu diambil perhatian.

Sesetengah bahan diserap ke dalam kulit semasa penggunaan, jadi anda perlu maklum tentang apa yang bersentuhan dengan kulit anda agar dapat mengelakkan komplikasi.

Walaupun tiada laporan konklusif dan mutlak tetnang bahan penjagaan kulit dan kesannya pada wanita hamil, masih terdapat bahan yang perlu dielakkan atas nasihat pakar seperti Retinoids, Asid Salisilik dan Hidrokuinon.

Mengikut kebiasaan, produk penjagaan kulit yang dibilas, seperti pencuci yang lembut sesuai digunakan semasa hamil, sementara produk yang disapu juga boleh digunakan semasa hamil jika kawasan yang disapukan tidak melebihi 10% daripada jumlah kulit. Pertimbangkan untuk memilih produk dengan senarai bahan yang kurang rumit dan jika anda ragu-ragu tentangnya, dapatkan nasihat dan saranan daripada doktor.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan yang wajib diisikan ditandakan dengan *