null

Menghadapi 5 Penyebab Umum Kulit Kering

Kulit yang kering menyebabkan rupa anda tidak bermaya dan kasar. Kekeringan boleh menyebabkan kulit menggelupas dan gatal, jadi penjagaan yang ekstra rapi dan pelembapan adalah perlu untuk memastikan kulit kekal sihat. Ikuti senarai penyebab-penyebab umum kepada kulit kering:

Dealing_with_5_Common_Causes_of_Dry_Skin-1
1. Usia

Apabila semakin berusia, kulit kita menjadi semakin nipis dan kering disebabkan kualiti sel yang merosot dan perubahan hormon. Disebabkan faktor ini, adalah penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat dengan kerap melembapkannya pada waktu siang dan sekali lagi pada malam.

 

Anda mungkin turut mahu mencuba pelembap harian wajah dan tubuh yang pantas bertindak, tahan lama dan terbukti secara klinikal untuk pelbagai kulit termasuk yang sangat kering.

 

Apabila melembapkan wajah anda, pastikan keseluruhan tempat diliputi termasuk leher. Ini penting untuk mencegah garisan dan kedutan penuaan yang kelihatan lebih jelas pada kulit yang kering dan tua. Sebenarnya tidak perlu menggunakan produk yang lain untuk kawasan leher kerana pelembap wajah biasa pun cukup memadai.

2. Cuaca/iklim

Tinggal di negara yang beriklim panas dan lembap menjadikan kulit terdedah kepada penggunaan penyaman udara berpanjangan. Ini menyebabkan kulit anda kering atau merendahkan kadar kelembapan kulit.

 

Untuk mengurangkan kesan ini, sentiasalah memakai pakaian yang fabriknya semulajadi dan longgar, serta cubalah gunakan mesin pelembap dalam bilik tidur atau bahagian lain di kediaman anda yang sentiasa terdedah kepada penyaman udara. Ini tidak lain untuk menambah kelembapan kepada udara dan memastikan kulit tidak kering.

 

Pastikan juga untuk memakai pelembap setiap hari untuk wajah dan tubuh sekaligus.

3. Pekerjaan anda

Sesetengah pekerjaan mendedahkan anda kepada bahan-bahan atau tanggungjawab fizikal yang menyebabkan kekeringan kulit yang teruk. Jika anda bekerja dalam bidang kejururawatan, penjagaan rambut atau bidang yang mendedahkan kulit anda (terutamanya tangan) kepada sabun yang kasar atau bahan kimia berpotensi menyebabkan rengsa, anda mungkin berhadapan risiko mendapat Occupational Irritant Contact Dermatitis (OICD), sejenis keadaan ekzema tangan yang muncul sebagai kulit yang kering, menyebabkan kegatalan, rapuh dan keradangan.

 

Simptom OICD mampu menjadikan anda sangat tidak selesa dan keadaannya termasuklah kulit yang sangat kering dan kulit yang rapuh. Jadi lebih baik dicegah dengan mengetahui pencegahan yang berbeza-beza mengikut keadaan. Secara umumnya, memakai sarung tangan dan pakaian pelindung adalah penting untuk melindungi kulit daripada terus tercedera atau merengsa. Lebih baik juga jika anda menggunakan pembersih lembut yang diformulasi secara khas untuk membasuh tangan, di samping pelembap tangan seperti Cetaphil Intensive Moisturising Cream.

4. Keadaan Kulit

Kulit kering secara melampau juga merupakan petanda masalah kulit seperti psoriasis (keadaan tubuh yang menggantikan sel kulit secara pantas dan abnormal) atau atopic dermatitis (sejenis ekzema selain OICD). Jika anda mempunyai atau mengesyaki masalah kulit, sila temui doktor atau pakar kulit dan patuhi arahan rawatan yang diberi.

 

null