null

PERJALANAN CLEAR SKIES KAMI

Cetaphil telah melindungi dan menjaga kulit sensitif selama lebih daripada 70 tahun, jadi kami faham kesihatan kulit adalah refleksi persekitaran kita. Ini adalah salah satu daripada sebab kami berusaha agar menjadi lebih bersih, lebih mampan dan lebih cekap.

INISIATIF CLEAR SKIES CETAPHIL MENGGARISKAN PANDUAN KAMI UNTUK MENCIPTA PERSEKITARAN LEBIH SIHAT DAN MASA DEPAN LEBIH CERAH UNTUK SEMUA

Kami terus menanamkan amalan bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial merentasi perniagaan, memberi tumpuan pada empat tunggak utama: mengurangkan impak alam sekitar, memformulasi dengan bahan yang lebih bersih, menggunakan pembungkusan yang lebih bijak dan menyokong komuniti kami.


Pendekatan strategik berasaskan sains ini termasuk matlamat bercita-cita tinggi yang sejajar dengan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk mengubah kilang semasa kami untuk mencapai 100% tenaga boleh diperbaharui menjelang 2022 dan neutral karbon dalam kemudahan pengeluaran semasa kami. Memandangkan inisiatif Clear Skies kami terus berkembang, begitu juga matlamat dan langkah yang kami ambil untuk memacu perubahan.

MENGURANGKAN IMPAK ALAM SEKITAR

Kami berhasrat untuk menjaga alam sekitar sebagaimana kami menjaga kulit —dengan kepekaan, penuh belaian dan disokong oleh sains. Sejak 2010, Cetaphil dan syarikat induknya Galderma telah:

● Mengurangkan penggunaan air sebanyak 33% bagi setiap tan produk, melalui program untuk mengitar semula dan guna semula di kilang dan kemudahan penyelidikan

● Mengurangkan pelepasan CO2 tahunan daripada kilang sebanyak lebih 60%, dengan menggunakan teknologi yang lebih cekap dan sumber elektrik yang boleh diperbaharui

Pada masa ini, kilang kami menerima 95% elektrik daripada sumber boleh diperbaharui, dan tiada sisa buangan berakhir di tapak pelupusan.

reducing-enviromental-impact
formulating-with cleanser

DIFORMULASI DENGAN BAHAN YANG LEBIH BERSIH

Kami sedang merumuskan semula produk kami yang paling popular berdasarkan sains kulit sensitif terkini. Ini adalah produk pertama yang dibuat dengan formula mudah terbiodegradasi*, yang bebas daripada paraben, sulfat dan bahan-bahan asal haiwan, dan tidak diujipada haiwan di mana-mana peringkat inovasi produk, pembangunan atau proses pembuatan kami:

●    Gentle Skin Cleanser

●    Daily Facial Cleanser

●    Moisturising Lotion 


Yang menarik? Kami membuat segala perubahan ini sambil mengekalkan keberkesanan dipercayai dan pengalaman yang sama yang diketahui dan digemari oleh pengguna Cetaphil.

MENGGUNAKAN PEMBUNGKUSAN BIJAK

Pembungkusan kami dibangunkan dengan teliti seperti mana produk kami. Cetaphil menggunakan bekas bahan tunggal dan penutup yang sebahagiannya boleh dikitar semula, jadi bekas dan pembungkusan boleh dikitar semula di kebanyakan kemudahan. Selain itu, kebanyakan produk menggunakan bekas dan sistem penutupan yang mudah diurai untuk penyisihan yang lebih mudah dan pembungkusan berasaskan kertas kami yang dibuat dengan bahan yang boleh diperbaharui dan terbiodegradasi.

using-smarter-packaging
serving-our-communities

BERKHIDMAT UNTUK KOMUNITI KAMI


Kami bangga menjadi rakan kongsi jangka panjang Camp Wonder, kem musim panas untuk kanak-kanak dengan penyakit kulit kronik dan mengancam nyawa, yang diasaskan oleh Children’s Skin Disease Foundation. Setiap tahun, pekerja kami dengan kerjasama rakan profesional penjagaan kesihatan menjadi sukarelawan di kem yang dianjurkan— iaitu tempat selamat di mana kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit tidak ditakrifkan oleh penyakit mereka tapi mereka bebas menjadi kanak-kanak. Galderma dan Cetaphil juga telah menderma $1.5 juta dan lebih 50,000 produk sejak 2012. Memandangkan inisiatif Clear Skies terus berkembang, Cetaphil akan berusaha untuk memperluaskan usahanya di luar Camp Wonder untuk mengenal pasti organisasi di seluruh dunia yang boleh kami sokong untuk meneruskan misi kami untuk menjaga kulit sensitif