null

KISAH CETAPHIL

Selama lebih 70 tahun, Cetaphil berazam untuk memajukan kajian sains kulit untuk memberikan anda penyelesaian penjagaan kulit sensitif yang terbaik. Kami secara khusus merumuskan produk kami untuk menjaga semua jenis kulit sensitif.

OUR-STORY_2.jpg

JENAMA WARISAN

Bermula daripada bawah di Texas, Cetaphil direka oleh seorang ahli farmasi untuk membantu pesakit merawat secara efektif kulit sensitif mereka. Jenama ini dilancarkan pada 1974 dan mengeluarkan produk pertamanya iaitu Cetaphil Cleansing Lotion, yang kini dikenali sebagai Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan tetap menghasilkan keputusan penjagaan kulit yang lembut seperti asalnya. Ia pantas dikenali sebagai produk yang efektif tapi lembut pada kulit, dan rangkaian produk penjagaan kulit sensitif Cetaphil mulai membangun sebagai jenama sains lanjutan kulit sensitif.

DIDORONG UNTUK MENINGKATKAN INOVASI KULIT SENSITIF

Hari ini, kami lebih komited untuk menghasilkan produk yang canggih untuk kulit sensitif, dengan kajian yang mendalam dan bekerjasama dengan pakar-pakar penjagaan kesihatan untuk lebih memahami keperluan kulit setiap individu, dan meningkatkan penjagaan dermatologikal bagi setiap kulit dengan kisah yang berbeza. 

Nama Cetaphil dan produknya untuk kulit sensitif telah dipercayai selama lebih dari 70 tahun dan kami meneruskan tradisi menjalankan ujian klinikal yang teliti untuk memastikan reputasi kami sebagai jenama penjagaan kulit muka #1 yang disyorkan di AS dan juga dunia. Kini, Cetaphil boleh ditemui di 70 negara seluruh dunia dan menawarkan pelbagai produk, daripada pencuci dan pelembap ke produk bayi dan penyelesaian kepada masalah kulit sensitif.